Warning: DOMDocument::load(https://bendahari.utem.edu.my/ms/?index.php?option=com_content&view=category&id=13&format=feed&type=rss): failed to open stream: HTTP request failed! HTTP/1.1 404 Not Found in /www01/htdocs/bendahari/modules/mod_marqueeaholic/tmpl/default.php on line 58

Warning: DOMDocument::load(): I/O warning : failed to load external entity "https://bendahari.utem.edu.my/ms/?index.php?option=com_content&view=category&id=13&format=feed&type=rss" in /www01/htdocs/bendahari/modules/mod_marqueeaholic/tmpl/default.php on line 58

SESI PEMBENTANGAN PROJEK INNOVATION CHALLENGE 2.0 

 

28 Oktober 2022, Jumaat

 

Jawatankuasa QE/5S, Pejabat Bendahari telah mengadakan program Minggu Inovasi yang berlangsung pada 26 hingga 30 September 2022. Salah satu aktiviti adalah Innovation Challenge 2.0 dengan penetapan projek tema Kesihatan.

 

Objektif aktiviti adalah memberikan peluang kepada staf untuk berfikiran secara kreatif dan berani melakukan inovasi baharu seiring dengan keperluan hari ini. Penghasilan inovasi secara berterusan dan berimpak dapat meningkatkan kecekapan sesuatu proses serta penyampaian perkhidmatan. Elemen QE/5S juga salah satu kriteria penting perlu diterapkan dalam penghasilan projek inovasi ini. 

 

Sehubungan itu, Sesi Pembentangan Projek Inovasi / Inovation Challenge 2.0 telah berlangsung pada 28 Oktober 2022 di Bilik Jamuan Auditorium, Canselori dan boleh ditonton secara live melalui medium Facebook

 

Sesi pembentangan telah dinilai oleh barisan juri berpengalaman yang diketuai oleh Encik Bakri bin Abu Bakar (Mentor Jaawatankuasa Program dan Promosi) dan dibantu oleh Encik Khairi Amri bin Mohamad (Mentor Jawatankuasa Latihan dan Inovasi) dan Datin Azzilla binti Ahmad (Timbalan Pengerusi QE/5S, Pejabat Bendahari).

 

Penyertaan program amat mengalakkan dimana empat (4 ) kumpulan telah ditubuhkan dan terdiri dari pelbagai gred jawatan staf Pejabat Bendahari. Pemenang Tempat Pertama adalah Kumpulan Zon 2(B ) yang diketuai oleh Puan Norazliyati binti Mohd Isa sekaligus kumpulan membawa pulang hadiah wang tunai RM200 dan sumbangan hamper. Menariknya salah seorang ahli kumpulan juga menyambut kelahiran pada hari yang sama iaitu Encik Mohammad Shahril bin Salim dan menjadikan hadiah yang bermakna pada beliau dan ahli kumpulan. 


 

Tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan Zon 1 yang diketuai oleh Puan Siti Saleha binti Muhamad dengan hadiah wang tunai RM150 dan sumbangan hamper.  Manakala tempat ke - 3 milik Kumpulan Zon 2(A) yang diketuai Puan Siti Khatijah binti Ayob @ Mohammad dengan hadiah wang tunai RM100 dan sumbangan hamper. Saguhati pula milik Kumpulan Zon B - Tech yang diketuai oleh Encik Ahmad Fuad bin Karim dan menerima sumbangan hamper. 

 

Tahniah kepada semua Pejabat Bendahari yang terlibat secara langsung dan tidak lansung. Kita jumpa lagi pada Inovation Challenge 3.0. 

"10 person Idea are better than 1 person"

"Improvement has no Limit"



Jawatankuasa QE/5S

Pejabat Bendahari

MEDIA SOSIAL

 fb  insta  youtube  tiktok