Tajuk : TAKLIMAT BERKAITAN PELAKSANAAN PROSES GOOD RECEIVED NOTE (GRN) MELALUI SMKB v4.0 DI PERINGKAT PTJ DAN PENUTUPAN AKAUN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2025
Tarikh : 29 Oktober 2025
Tempat : Bilik Latihan, PPPK, UTeM


Pejabat Bendahari telah menganjurkan Taklimat Berkaitan Pelaksanaan Proses Good Received Note (GRN) Melalui SMKB v4.0 Di Peringkat PTj dan Penutupan Akaun Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2025.  Taklimat ini diadakan bertujuan memberi maklumat yang lebih jelas berkaitan pelaksanaan proses GRN dan juga Penutupan Akaun yang akan bermula tidak lama lagi.  Taklimat ini telah disertai oleh pentadbir kewangan di PTj.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan semoga proses yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Tajuk : LAWATAN SUSULAN SIJIL PEMATUHAN SAGA
Tarikh : 23 Oktober 2025
Tempat : UTeM


Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menerima Sijil Pematuhan Standard Accounting System for Government Agencies (SAGA) daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) pada 23 Oktober 2025. Kejayaan ini adalah hasil Lawatan Susulan Pematuhan SAGA yang telah diadakan pada 20 Mac 2025 yang mana UTeM berjaya mengekalkan Kriteria Pematuhan SAGA yang telah ditetapkan oleh JANM.

Jutaan terima kasih kepada pihak Pengurusan Tertinggi UTeM yang turut membantu dan memberi sokongan penuh kepada Pejabat Bendahari dan Pejabat Ketua Pegawai Digital dalam merealisasikan sebahagian perancangan way forward Pendigitalan Kewangan yang mana salah satu sasaran yang ditetapkan adalah memastikan UTeM menerima pengiktirafan SAGA. 

Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada semua staf UTeM atas komitmen dan kesabaran dalam menggunakan SMKBv4.0 dan sentiasa memberikan pandangan dan idea yang positif bagi menambahbaik sistem kewangan.

 

takwim jtk 2025

MEDIA SOSIAL

 fb  insta  youtube  tiktok

 

PERKHIDMATAN  
Pembayaran Yuran Pelajar
Sumbangan UTeM                                       
Tempahan Nombor Plat UTeM
Pinjaman Kenderaan
Pinjaman Komputer
Tabung Haji
 

Save

Save

Save

Save