Assalammualaikum wrt. wbt, Segala puji- pujian hanya untuk Allah dan selawat ke atas nabi junjungan iaitu Nabi Muhammad saw. Selamat datang ke Laman Web Rasmi Pejabat Bendahari. Pejabat Bendahari ditubuhkan pada tahun 2000 selaras dengan penubuhan Universiti Teknikal Malaysia Melaka yang pada masa itu dikenali sebagai Kolej Universiti Teknikal Malaysia Melaka (KUTKM). Sehingga kini Pejabat Bendahari telah melalui beberapa fasa perubahan yang dinamik selaras dengan perkembangan Universiti dalam menyokong visi dan misi Universiti. Pejabat Bendahari juga sentiasa merancang ke arah penambahbaikan agar operasi pejabat dapat berjalan dengan lebih efektif dan memenuhi keperluan pengurusan kewangan yang lebih sistematik mengikut peraturan yang ditetapkan. Ini juga bertujuan untuk menyokong dan memastikan semua fungsi lain di Universiti dapat berjalan dengan lancar. Pejabat Bendahari akan memastikan kualiti perkhidmatan sentiasa ditambah baik selaras dengan moto Pejabat Bendahari “Berubah ! Berubah ! Saya Mesti Berubah ! “. Akhir kata, kami di Pejabat Bendahari sentiasa mengalukan sebarang cadangan atau padangan bagi penambahbaikan berterusan.
Puan Sabarina binti Abdullah BENDAHARI Dikemaskini pada 27 Jun 2023 |