Tajuk : LAWATAN SUSULAN SIJIL PEMATUHAN SAGA
Tarikh : 23 Oktober 2025
Tempat : UTeM


Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menerima Sijil Pematuhan Standard Accounting System for Government Agencies (SAGA) daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) pada 23 Oktober 2025. Kejayaan ini adalah hasil Lawatan Susulan Pematuhan SAGA yang telah diadakan pada 20 Mac 2025 yang mana UTeM berjaya mengekalkan Kriteria Pematuhan SAGA yang telah ditetapkan oleh JANM.

Jutaan terima kasih kepada pihak Pengurusan Tertinggi UTeM yang turut membantu dan memberi sokongan penuh kepada Pejabat Bendahari dan Pejabat Ketua Pegawai Digital dalam merealisasikan sebahagian perancangan way forward Pendigitalan Kewangan yang mana salah satu sasaran yang ditetapkan adalah memastikan UTeM menerima pengiktirafan SAGA. 

Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada semua staf UTeM atas komitmen dan kesabaran dalam menggunakan SMKBv4.0 dan sentiasa memberikan pandangan dan idea yang positif bagi menambahbaik sistem kewangan.

 

MEDIA SOSIAL

 fb  insta  youtube  tiktok